KUALA TERENGGANU: Naluri Wan Mahisyamri W Abd Manan sebagai anak sulung, kuat mengatakan mayat dengan kesan terbakar seluruh badan yang ditemukan di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh di sini 17 April lepas adalah ibunya, Che Janiah Jaafar.
Wan Malianal Akmal W Abd Manan, 36, berkata perkara tersebut diluahkan abang sulungnya yang berumur 39 tahun itu kepada ahli keluarga apabila mengetahui tentang penemuan mayat tersebut.
"Ini kerana kerana tempoh penemuan mayat itu hampir sama dengan tempoh masa kehilangan ibu. Telahan abang saya itu lebih kuat apabila pihak polis menghubungi kami sekeluarga untuk melakukan pengecaman mayat berikutan laporan polis yang kami buat setelah 24 jam ibu tidak pulang ke rumah selepas keluar berjumpa dengan kawannya kira-kira pukul 10 malam pada 16 April lepas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.
Pengecaman mayat tersebut, katanya dilakukan adik tirinya Siti Nor Nabila Azmi, 24, pada 19 April dan hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dikeluarkan Jumaat lepas mengesahkan mayat itu adalah Che Janiah yang berusia 55 tahun.
Wan Malianal Akmal berkata beliau tidak menyangka kematian ibunya berlaku secara tragis, namun tetap reda dan berharap individu yang melakukan perbuatan kejam itu mendapat hukuman setimpal.
Katanya sebelum kejadian, arwah ibunya sering memuat naik hantaran berkaitan kematian di laman sosial Facebooknya dan tidak menyangka itu antara petanda pemergian arwah.
Jenazah wanita itu dikebumikan selepas solat Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Bading, di Hulu Terengganu.
Pada pagi 17 April lepas, satu mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruhan badan ditemukan di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air dekat Tepoh oleh pekerja kebersihan.
Mangsa dikatakan telah dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke lokasi penemuan dan dibakar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021
Wan Malianal Akmal W Abd Manan, 36, (tengah) dan adiknya Siti Nor Nabila Azmi, 24, (kiri) serta kakak ipar Hanafati Hanafi, 47, (kanan) hadir ke HSNZ bagi menuntut jenazah ibu mereka Che Janiah Jaafar hari ini. - Foto BERNAMA
Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.
AWANI Borneo [30/05/2024] - Ibu Kota Nusantara | Subsidi diesel | Pesta Kaamatan
AWANI Borneo Selasa, 30 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Ibu Kota Nusantara : KDN kaji buka sempadan baharu di Sabah & Sarawak.
SKDS 2.0 : Pelaksanaan di Sabah dan Sarawak, pantau pelaksanaan di Semenanjung dahulu.
Pesta Kaamatan : Keunikan budaya Dusun Tatana.
Ibu Kota Nusantara : KDN kaji buka sempadan baharu di Sabah & Sarawak.
SKDS 2.0 : Pelaksanaan di Sabah dan Sarawak, pantau pelaksanaan di Semenanjung dahulu.
Pesta Kaamatan : Keunikan budaya Dusun Tatana.
Buruh binaan warga India didakwa tunjuk kemaluan dalam lif
Sewa Singh, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.
Keluarga tahanan mati dalam lokap dapat pampasan lebih RM300,000
Mahkamah Tinggi memberikan pampasan lebih RM300,000 kepada keluarga S.Balamurugan yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis.
Pintu masuk baharu sempadan Kalimantan sedang dikaji
Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji pembukaan beberapa pintu sempadan baharu membabitkan kawasan yang telah dipersetujui dengan Kerajaan Republik Indonesia.
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.
Bambarayon kerjasama Astro Fibre & ERA Sabah
ERA Sabah dengan kerjasama Astro Fibre mempersembahkan Bambarayon yang membawa maksud ‘Semangat Padi’, menampilkan Stacy Anam selaku pelantun utama dan Konco Pagi ERA, Addnan, Mijul dan Emma.
Keunikan budaya Dusun Tatana
Sub etnik dusun iaitu Dusun Tatana turut mempraktikkan budaya mengalai, moginum, serta meraikan Tahun Baru Cina atas faktor asimilasi budaya sejak ratusan tahun lalu.
Perkasa perpaduan, keharmonian berbilang kaum Sabah
Pesta Kaamatan pada tahun ini bukan sahaja berkisar tentang hasil tuaian padi, malah bertujuan untuk memperkasakan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah.
Perayaan jadi asas semangat perpaduan, kerukunan rakyat Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua perayaan mampu menjadi asas kepada semangat perpaduan dan kerukunan buat seluruh rakyat Malaysia meskipun berlainan etnik, ras (kelompok) atau kaum
Lelaki Bangladesh didakwa bunuh rakan senegara
Mohammad Mokul Hossain didakwa membunuh Hossen Md Monowar di Jalan Kuak Pekan Kuak, Lenggong pada 8 September lalu.
Mayat wanita terbakar, batu konkrit dengan kesan darah ditemui
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, terdapat satu kesan luka pada bahagian atas kepala sebelah kanan.
Naluri anak yakin mayat terbakar adalah jasad ibu
Beliau tidak menyangka kematian ibunya berlaku secara tragis, namun tetap reda dan berharap individu yang melakukan perbuatan kejam itu mendapat hukuman setimpal.
Henti tular identiti mayat terbakar - Polis
Orang ramai dinasihat agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berkaitan identiti mayat yang ditemukan dengan kesan terbakar di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Padang Air.